Thursday, 17 December 2015

BBK 3408 Keluargaku..Cinta Hatiku

Assalamualaikum..

Hari ni nak berkongsi sesuatu yang cukup menarik. aku nak kongsikan gambar dan video mereka yang menjadi tulang belakang kepada kehidupan ku yang penuh dengan liku2..hehehe. sambil tu aku ada jugak buat tribute sedikit untuk Arwah nenek aku yang sangat aku sayangi di dunia ini. Mereka ni la yang menjadi kekuatan kepada aku sehingga aku masih boleh bertahan sehingga hari ini..mereka adalah keluarga ku yang disayangi..jadi, saksikanlah..


montaj gambar


Untuk montaj video pulak, aku tak ada sebenarnya video family ni. tapi aku ada video baby syafii..sapa baby syafii ni?.. syafii ni sepupu aku. special nye pasal syafii ni. dia macam satu anugerah buat kami sekeluarga. Kami sayang sangat dengan syafii sebab kami menanti kelahiran ornag baru dalam keluarga dalam tempoh yang agak lama. 11 tahun penantian..baru la syafii hadir dalam keluarga kami. Jadi video ni aku tribute untuk syafii...   



BBK 3408 montaj chinggu..menggamit memori.

Assalamualaikum..

Alkisah tentang video montaj chinggu..boleh katakan ini tugasan terakhir untuk kami sebagai satu kumpulan. Aku jadi teringat plak kata-kata dr dalam kelas, kalau kamu memang beri 100% komitmen dalam kumpulan, memang kamu akan rasa kepuasan yang sebenarnya. Aku sebagai ketua kumpulan chinggu, itu yang aku rasa..

bila kami buat montaj ni, kadang-kadang rasa sebak..memang betul cakap dr..banyak yang aku belajar dari multimedia sehingga aku rasa aku dah semakin kenal siapa diri aku..kalau dulu aku mudah putus asa, sentaiasa down..tapi kali ni aku jadi kuat dan aku akan berusaha sehingga aku mendapatkannya..hehehe..terima kasih semuanya.. 



montaj gambar



montaj video

BBK 3408 Wawancara Pasal Pelancongan

Assalamualaikum....

Kali ini chinggu kembali dengan video TETAPI kali ini sangat berbeza kerana bukan parodi lagi dah..bukan vines..bkan jugak dubsmash tapi.. wawancara. Aku dan rakan-rakan diarahkan mencari satu topik dan perlu diwawancarakan.. Himmmmm. topik tak semestinya topik yang menjadi viral. ikut kami nak buat topikasal apa sekalipun.. Jadi apabila group chinggu membuat perbincangan, maka kami menetapkan untuk buat pasal topik pelancongan.Kami bincang soalan..nak buat dia jadi unik, kami bahagi watak setiap orang. Jadi ada la yang jadi suri rumah, pegawai, doktor, pelajar, guru dan artis..hahaha. so, jawapan dari kami pun berbeza la.....


BBK 3408 Aku dan Apps

Assalamualaikum..

Bila semua orang dah menggunakan smart phone, so ramai la kan nak ikut trend terkini dengan pelbagai aplikasi media..aku ni sebenarnya malas nak ambil tahu. sebab aku ni tak ada masa nak geledah apps ni. Almaklumlah dah tersepit dengan PITA..kalau rajin pun aku selalu buka Facebook, Whatsapp dan Instagram.. Yang lain ni aku tak tahu sangai macam mana nak guna. Pastu , nak jadi cerita..bila aku ambil subjek multimedia ni..dr pulak suruh install banyak apps..redha je la. maka habis la memori telefon aku..tapi sekadar hiasan la..sebab aku memang tak sempat nak guna..sebagai bukti aku install apps ni semua..nahhh, gambar tengok la.....



tumblr

twitter


keek


instagram


vines

linkedin




facebook


BBk 3408 Oh My Parodi la Pulak

Assalamualaikum..

Subjek Multimedia kali ni memang mencabar kesabaran aku. Tapi macam kata dr..Redha..normal budak final year mesti sibuk memanjang sampai tak tido..dengan projek ilmiah tahun akhir lagi..pemebntangan PITA lagi..tugasan dari subjek lain yang menuntut komitmen yang sangat tinggi. Pendek kata aku memang tak mengenal malam ( tak tido)..mata pun dah macam panda  dah...makan tak menentu. sampai ada pensyarah tegur badan dah surut.  hahahaha..nak cerita pun malas pasal tugasan seterusnya. Parodi.. tu je la yang mampu kongsi. ilham dari filem Hantu Kak Limah Balik Rumah.. Layan je la kat bawah..


BBK 3408 IKLAN POSTER

Assalamualaikum...

BBK 3408 kesusasteraan Dalam Multimedia memang menuntut aku kesabaran dan mengnalkan aku dengan konsep redha..kali ini tugasan yang diberikan sebelum Mid Sem break adalah POSTER!!.. Aku dengan kumpulan aku kena buat poster dengan berlainan tema dan bentuk..
Bentuk yang aku dan rakan-rakan perlu buat ialah statik dan animasi.. Mak Aiii..memang tak pandai lansung. Tema pulak kami pilih untuk buat tema kebahagiaan dan menghargai. So inilah konsep kami untuk kedua-dua tema ini :-

statik : Menghargai
1. Menghargai alam
2. menghargai keluarga
3. Menghargai ilmu
4. Menghargai warisan
5. Menghargai masa
6. Menghargai pemberian








Animasi : Kebahagiaan

1. Kebahagiaan Pasangan Berkahwin
2. Bahagia Berjaya Dalam Hidup
3. Bahagia memperoleh segulung ijazah
4. bahagia bebas dari segalanya
5. Kebahagiaan dunia kanak-kanak
6. Kebahagiaan bersama sahabat








BBK 3408 Oh My Dubsmash

Assalamualaikum..

One Shot Videoclip sudah..Vines sudah...sekarang tiba for dubsmash.Dubsmash kami kali ini berkisar tentang bila chinggu membuat rancangan 999 dan menjadi penyanyi yang dilengkapi dengan back up dancer kat belakang (main kepala je). hahahaha..nak tengok ni la dubsmash kami. 


BBK 3408 Kalendar Tahun Baru

Assalamualaikum...
Selamat Tahun Baru 2016...hukhukhuk,,belum lagi. sekarang baru bulan 11. Kenapa aku ucap tahun baru. Ini semua sebab aku diberi tugasan untuk membuat kalendar..hehehe. pandai ke? Serius cakap memang tak pandai tapi kenalah usaha sikit. Jadi aku pun cuba menghasilkan kalendar. Unik nya kelendar ni adalah ini kalendar yang 100% muka aku..hahaha. Bukan gila glamor tapi memang dah jadi tugasan setiap bulan mesti kena ada gambar aku..Tapi bukan la gambar formal yang kita duduk statik je. Boleh letak gambar selfie, gambar bersama kawan-kawan, gambar dengan family dan macam-macam lagi ikut kreativiti masing-masing. kalau nak tengok hasilnya,,,scroll la sampai bawah..

















BBK 3408 Bintang Vines Pulak

Assalamualaikum..

Dulu aku pernah cerita pasal aku jadi watak heroin untuk One Shot Video Dua Insan.. Tapi kali ni aku nak cerita aku jadi bintang Vines..Vines? pertama kali pensyarah minta buat video vines..sekejap je video ni dalam 15 saat macam tu. Mula-mula buat tak jadi. Last kali ni buat dengan  idea yang agak kebudak-budakkan..yang bestye..video vines group aku menggunakan suara original..original dari aku sendiri. memang dari dulu aku suka buat suara budak ni..pernah duu kecoh satu blok kolej pasal suara aku ni..sebab diaorang ingat budak kecik mana naik masuk blok..anak sapa la kn.. malas nak cakap panjang. nah video vines dari kami


BBK 3408 Like Instagram

Assalamualaikum...

Entri seterusnya berkaitan dengan instagram..tak pernah-pernah ada instagram. Sekarang aku ada.huhuhu. Semuanya kerana aku ambik subjek BBK 3408 Kesusasteraan Dalam Multimedia. Tugasan aku untuk subjek ni ambil gambar pastu post dalam instagram. kalau gambar tu dapat like pensyarah.. aku dikira berjaya.

Bila cakap pasal gambar ni, aku lemah sikit..sebab dari dulu aku memang tak suka ambil gambar. Kalau aku pergi mana-mana trip skalipun, aku memang tak pernah ambil gambar. Kalau ada pun, kawan aku yang ambil gambar pastu masuk Whatsapp..aku download. Jadi sepanjang aku ambik gambar dan post kat instagram ni, ni ja la gambar yang aku dapat like pensyarah..kesian ..... 







BBK 3408 ONE SHOT VIDEOCLIP PERMAINAN KANAK-KANAK

Asslamualaikum...

Kali ni aku masih nak bercakap pasal One Shot Videoclip. Tapi kali ni berbeza sedikit sebab kami tak lagi buat video yang kena berlakon, miming dan nak kena feeling tu. tapi kali ini kami kena buat berkaitan dengan permainan kanak-kanak. Mula-mula macam bingung seketika sebab terfikir nak buat mainan apa la..aku ni dah tak tahu trend mainan budak zaman sekarang ni..sebab budak searang tak macam aku dulu.main polis sentri bagai..


pastu mula la berebut nak buat lego..group wassap kelas penuh dengan booking mainan. hahaha..mak aii. aku terfikir memang budak sekarang main lego je ke..susah la aku nanti bila dah beranak pinak. mainan apa nak beli untuk anak (berangan jap).hahaha. Mula la aku dengan kawan-kawan pergi kedai mainan. Kami jadi tertarik dengan satu mainan ni..mainan jenis belon buih sabun tu. yang lainnye..belon ni diberi sarung tangan. kalau pakai sarung tangan tu, belon tak pecah..tak percaya? tengok video yang dah kami hasilkan ni...


BBK 3408 One Shot Video Dua Insan

Assalamualaikum..

Sambung balik cerita jadi artis Youtube..hehehe. Tapi kali ni tak berapa nak bebas sebab pensyarah aku yang pilih lagu. Dua insan.. Masa dengar tajuk ni, aku ingat lagu yang ezad exist tu yang nyanyi..so aku fikir ok la kan kalau macam tu tapi sebenarnya tak.. Dr nak yang M. Nasir punya versi. Tak kisah lah

Masalah group aku hadapi kalau kami buat video ni, ialah kami tidak mempunyai kaum adam dalam group..nak berlakon jadi lelaki? aku paling lemah bab-bab ni dan aku ni geli sedikit kalau perempuan berlakon jadi lelaki..Cuba cari jalan penyelesaian ..akhirnya jumpa. Kebetulan ahli group aku ada kenal satu group multimedia kelas lain. BBM 3410..jadi dia pun try jadi artis manager, uruskan pasal nak bergabung dengan group Cempaka Kuning. Nak jadi cerita group Cempaka Kuning ni pun setuju nak bergabung. Seronok juga gabung dengan group ni..sempoi. Tapi aku ada masalah yang lain pula. aku jadi heroin dalam kedua-dua video dua insan. kawan-kawan tak nak jadi heroin...jadi aku sebagai ketua kumpulan jadi lah heroin...berkorban. Tak nak cerita panjang..ni la video dua insan dari Chinggu production..



BBK 3408 Fotografi Flat Lay

Assalamualaikum..

Entri berikutnya dari aku Husna Abdullah ialah pasal fotografi..menuntut ilmu itu wajib. kenapa aku cakap pasal ni? sebab kalau sebelum ni aku pernah cerita yang aku tak pandai tangkap gambar, kali ni bukan aku nak cakap aku dah pandai..tapi masih belajar. Banyak sebenarnya yang aku dapat dalam fotografi ni.. yang penting kepuasan bila dah dapat hasil.Tak percaya?? tengok video di bawah..huhuhu





Yang ni yang Falat Lay. Selain dari Flat lay ni..kami jugak belajar jenis yang lain macam  Quarter Flat Lay. Nak tengok hasil dia?? tengok kat bawah...