Thursday 17 December 2015

BBK 3408 Keluargaku..Cinta Hatiku

Assalamualaikum..

Hari ni nak berkongsi sesuatu yang cukup menarik. aku nak kongsikan gambar dan video mereka yang menjadi tulang belakang kepada kehidupan ku yang penuh dengan liku2..hehehe. sambil tu aku ada jugak buat tribute sedikit untuk Arwah nenek aku yang sangat aku sayangi di dunia ini. Mereka ni la yang menjadi kekuatan kepada aku sehingga aku masih boleh bertahan sehingga hari ini..mereka adalah keluarga ku yang disayangi..jadi, saksikanlah..


montaj gambar


Untuk montaj video pulak, aku tak ada sebenarnya video family ni. tapi aku ada video baby syafii..sapa baby syafii ni?.. syafii ni sepupu aku. special nye pasal syafii ni. dia macam satu anugerah buat kami sekeluarga. Kami sayang sangat dengan syafii sebab kami menanti kelahiran ornag baru dalam keluarga dalam tempoh yang agak lama. 11 tahun penantian..baru la syafii hadir dalam keluarga kami. Jadi video ni aku tribute untuk syafii...   



BBK 3408 montaj chinggu..menggamit memori.

Assalamualaikum..

Alkisah tentang video montaj chinggu..boleh katakan ini tugasan terakhir untuk kami sebagai satu kumpulan. Aku jadi teringat plak kata-kata dr dalam kelas, kalau kamu memang beri 100% komitmen dalam kumpulan, memang kamu akan rasa kepuasan yang sebenarnya. Aku sebagai ketua kumpulan chinggu, itu yang aku rasa..

bila kami buat montaj ni, kadang-kadang rasa sebak..memang betul cakap dr..banyak yang aku belajar dari multimedia sehingga aku rasa aku dah semakin kenal siapa diri aku..kalau dulu aku mudah putus asa, sentaiasa down..tapi kali ni aku jadi kuat dan aku akan berusaha sehingga aku mendapatkannya..hehehe..terima kasih semuanya.. 



montaj gambar



montaj video

BBK 3408 Wawancara Pasal Pelancongan

Assalamualaikum....

Kali ini chinggu kembali dengan video TETAPI kali ini sangat berbeza kerana bukan parodi lagi dah..bukan vines..bkan jugak dubsmash tapi.. wawancara. Aku dan rakan-rakan diarahkan mencari satu topik dan perlu diwawancarakan.. Himmmmm. topik tak semestinya topik yang menjadi viral. ikut kami nak buat topikasal apa sekalipun.. Jadi apabila group chinggu membuat perbincangan, maka kami menetapkan untuk buat pasal topik pelancongan.Kami bincang soalan..nak buat dia jadi unik, kami bahagi watak setiap orang. Jadi ada la yang jadi suri rumah, pegawai, doktor, pelajar, guru dan artis..hahaha. so, jawapan dari kami pun berbeza la.....


BBK 3408 Aku dan Apps

Assalamualaikum..

Bila semua orang dah menggunakan smart phone, so ramai la kan nak ikut trend terkini dengan pelbagai aplikasi media..aku ni sebenarnya malas nak ambil tahu. sebab aku ni tak ada masa nak geledah apps ni. Almaklumlah dah tersepit dengan PITA..kalau rajin pun aku selalu buka Facebook, Whatsapp dan Instagram.. Yang lain ni aku tak tahu sangai macam mana nak guna. Pastu , nak jadi cerita..bila aku ambil subjek multimedia ni..dr pulak suruh install banyak apps..redha je la. maka habis la memori telefon aku..tapi sekadar hiasan la..sebab aku memang tak sempat nak guna..sebagai bukti aku install apps ni semua..nahhh, gambar tengok la.....



tumblr

twitter


keek


instagram


vines

linkedin




facebook


BBk 3408 Oh My Parodi la Pulak

Assalamualaikum..

Subjek Multimedia kali ni memang mencabar kesabaran aku. Tapi macam kata dr..Redha..normal budak final year mesti sibuk memanjang sampai tak tido..dengan projek ilmiah tahun akhir lagi..pemebntangan PITA lagi..tugasan dari subjek lain yang menuntut komitmen yang sangat tinggi. Pendek kata aku memang tak mengenal malam ( tak tido)..mata pun dah macam panda  dah...makan tak menentu. sampai ada pensyarah tegur badan dah surut.  hahahaha..nak cerita pun malas pasal tugasan seterusnya. Parodi.. tu je la yang mampu kongsi. ilham dari filem Hantu Kak Limah Balik Rumah.. Layan je la kat bawah..


BBK 3408 IKLAN POSTER

Assalamualaikum...

BBK 3408 kesusasteraan Dalam Multimedia memang menuntut aku kesabaran dan mengnalkan aku dengan konsep redha..kali ini tugasan yang diberikan sebelum Mid Sem break adalah POSTER!!.. Aku dengan kumpulan aku kena buat poster dengan berlainan tema dan bentuk..
Bentuk yang aku dan rakan-rakan perlu buat ialah statik dan animasi.. Mak Aiii..memang tak pandai lansung. Tema pulak kami pilih untuk buat tema kebahagiaan dan menghargai. So inilah konsep kami untuk kedua-dua tema ini :-

statik : Menghargai
1. Menghargai alam
2. menghargai keluarga
3. Menghargai ilmu
4. Menghargai warisan
5. Menghargai masa
6. Menghargai pemberian








Animasi : Kebahagiaan

1. Kebahagiaan Pasangan Berkahwin
2. Bahagia Berjaya Dalam Hidup
3. Bahagia memperoleh segulung ijazah
4. bahagia bebas dari segalanya
5. Kebahagiaan dunia kanak-kanak
6. Kebahagiaan bersama sahabat








BBK 3408 Oh My Dubsmash

Assalamualaikum..

One Shot Videoclip sudah..Vines sudah...sekarang tiba for dubsmash.Dubsmash kami kali ini berkisar tentang bila chinggu membuat rancangan 999 dan menjadi penyanyi yang dilengkapi dengan back up dancer kat belakang (main kepala je). hahahaha..nak tengok ni la dubsmash kami.